Sunday, March 7, 2010

Kelebihan Seorang Isteri


1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang
jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat
solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan)
akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan
letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya! dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga
anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat
isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan
kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita
itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang
kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang
sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan
hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan
didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan
berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti
meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan
mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan
setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira
sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun
solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka
maalaikat-maal! aikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib
baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan
memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas
dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun
ibadat.
25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi
Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai
purdah di dunia ini dengan istiqamah.

wah!! begitu besar kelebihan yang diberikan ..namun mengapa kita tidak ingin menggapainya???tepuk dada tanya lah iman...

Mengapa kahwin ?

Orang akan bertanya; apa penting nya Nikah? Ramai orang menganggap ianya sekadar memenuhi hak keinginan seseorang.
Adakah ini benar? dalam cahaya al quran dan sunah nabi ada termaktub apa yang mesti diketahui
berkaitan hak suami dan hak isteri. Bagaimana sepatutnya kelakuan suami terhadap isteri nya begitu juga sebaliknya
dari si isteri ? Dan persoalan yang lain yang patut di ambil berat.sabagai jawapan yang tak semua orang mengetahui
nya.

Dengan bernikah,wanita yang mula2 tidak boleh dilihat (bukan muhrim), sekarang,bukan sahaja memberi
layanan sex terhadap suami secara sah malah yang lebeh penting lagi menjadi rakan sejiwa dan berkongsi
antara satu sama lain nya tentang suka dan duka.

Banyak menfaat nya bernikah ini.(ugama,moral,harta benda dan lain2 lagi)dan yang lebeh penting lagi ialah ,
ianya adal sunnah Baginda nabi saw.

Dalam hadis ada menyatakan nikah adalah sunnah baginda nabi saw dan amaran yang tegas telah diberi kepada sesiapa yang
menolak bukan lah ia dari pengikut beliau (baginda nabi saw)

Pernikahan adalah ibadah yang kekal.(berterusan)

Rasulullah saw telah bersabda; ‘memenuhi keperluan sex secara halal, adalah sadaqah.’

Sahabah ra terkejut dan telah bertanya; ‘ya Rasulullah saw! bagalmana ianya menjadi
sadaqah, jika ianya hanya memenuhi keperluan sex nya sahaja.’?

Rasulullah saw menjawab , ‘Jika memenuhi keperluan sex secara haram ianya berdosa;
Menurut sabdaan beliau lagi, Bila di penuhi keperluan sex dengan cara yang halal orang itu akan di beri
ganjaran pahala.’ Mishkat

Berbelanjakan harta untuk keluarga dengan niat mendapat kan pahala ianya juga merupakan sadaqah,
pesuruh Allah telah bersabda; ‘Bila sekali berbelaja untuk keluarga,walaupun nilai nya sedikit,dengan niat
mendapatkan pahala,dan untuk nya adala sadaqah..’miskat

Dari riwayat yang sedemikian kebajikan telah jelas yang pernikahan itu adalah ibadah berterusan
yang tiada tanding nya tetapi jarang sangat orang memikirkan nya.

أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَى نِسَآئِكُمْ هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ عَلِمَ اللّهُ أَنَّكُمْ كُنتُمْ تَخْتانُونَ أَنفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنكُمْ فَالآنَ بَاشِرُوهُنَّ وَابْتَغُواْ مَا كَتَبَ اللّهُ لَكُمْ وَكُلُواْ وَاشْرَبُواْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّواْ الصِّيَامَ إِلَى الَّليْلِ وَلاَ تُبَاشِرُوهُنَّ وَأَنتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ تِلْكَ حُدُودُ اللّهِ فَلاَ تَقْرَبُوهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ آيَاتِهِ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ

Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.[Al-baqarah :187].

Kelakuan ini seperti pakaian yang menutup, menyembunyikan kesalahan kesalahan lahiriah mereka, dan juga menawarkan kebebasan peribadi, seumpama pasangan suami isteri dilindungi antara satu sama lain dari tersingkapnya kekurangan serta cacat cela.ianya juga sekurang kurang nya sebagai perisai dari melakukan dosa.sepatutnya memberi pakaian perlindungan dari banyak keburukan.dalam cara yang sama, nikah menghasilkan keamanan dan kelegaan didalam hati. seperti orang yang memakai pakaian (kedua dua nya rohani dan jasmani) , begitulah ikatan suami isteri.

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجاً لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.[ar-rom :21]

Nikah bukan satu perjanjian ?

Nabi saw telah mengistiharkan nikah adalah sunnah nya siapa yang enggan ,nabi saw tadak akan mengalu-alukan nya..Nikah adalah keperluan semula jadi lalaki dan wanita,dan bermaksud pengekalan manusia,lebeh lagi ,bukan sahaja keinginan yang sempurna,malah memenuhi keperluan jangka panjang dan ternyata mendapat kesejahteraan sebenar.

Nabi saw telah menggambarkan berbelanja terhadap seorang isteri,walau pun dengan satu suapan kemulut nya dengan mesra akan menyebabkan keredhaan Allah,sama juga ,ketaatan dan khidmat seorang isteri kepada suami telah digambarkan sabagai jalan menuju ke syurga bagi isteri.

Kedudukan nikah,dalam istilah islam,boleh ditingkat kan sebagai mandatori,sebab ia nya boleh menjamin kesucian rohani dan melindungi diri dari dosa-dosa.ianya juga memberi pertumbuhan konsep kekeluargaan yang mana cenderung kepada masyarakat yang bermaruah.konsep kekeluargaan islam lah yang paling berjaya dan diambil kira keperluan setiap orang.orang bukan islam seluruh nya melihat dengan rasa iri kepada konsep kekeluargaan dalam islam ,sebab mereka bukanlah buta akan manfaat tujuan konsep tersebut.

Pandangan sebegini boleh dilihat oleh sesetengah orang sabagai jenis yang fanatik ugama,yang mana tak boleh bertolak ansur dengan arus moden ini.tetapi seorang boleh buat pertimbangan sama ada pro atau kontra.Dalam masyarat sekarang bukan sahaja di barat.

wanita telah dibawa keluar dari rumah untuk tinggal di pejabat, benar.., memang ada kesempatan ekonomi disini.seperti meningkatkan productivity, tetapi ianya telah memberi laluan kepada mengakibatkan kerosakan sistem kekeluargaan. Disebabkan ini, berlaku bencana sakit jiwa ,hilang maruah akan ditanggung kerana mementingkan manfaat ekonomi.

Ternyata menimbulkan banyak masaalah yang tak mampu diselesaikan.kekeluargaan tidak berfungsi, kegagalan anak anak muda,kelakuan yang tak dapat dikawal kesan dari seseorang, kurang perhatian ibu bapa, sex bebas.ini adalah sebahagian dari masalah msyarakat yang dikatakan moden hadapi.” kerana tiada atau rosak tiang keibuan dalam keluarga”.

Jika nikah dilihat sabagai sunnah nabi saw dan satu ibadah, sebagai ganti ’social contract’,dan juga mengakui peranan nya sebagai ahli keluarga sama dan unik juga tepat.Boleh , kemudian maksiat yang menjadi wabak kapada masyarakat akan berakhir.

"dipetik dari wangkita.com/infougama/?page_id=13"

PERNIKAHAN DAN KELEBIHANNYA

Di zaman yang serba maju ini, tidak dinafikan kebanyakan wanita juga mampu berjaya dan setanding dengan lelaki..saya masih ingat pepatah orang tua-tua dahulu "perempuan x payah belajar tinggi-tinggi,pulangnya ke dapur juga..",namun dewasa kini wanita bukan sahaja perlu hebat di dapur malah semua aspek...tidak hairanlah kenapa peratusan pelajar wanita di IPTA lebih tinggi berbanding lelaki, kerana masing-masing mahu berjaya...dan mempunyai kerjaya sendiri

Yang sedihnya, disebabkan terlalu mengejar kerjaya ada sesetengah wanita menolak perkahwinan. bimbang komitmen rumahtangga mengganggu kerjaya mereka ataupun sebaliknya..namun sedarkah anda betapa besar kelebihan perkahwinan dan kelebihan yang Allah berikan kepada seorang isteri, lebih2 lagi jika sudah bergelar ibu???..MasyaAllah...tidak terhitung berapa banyak pahala yang bakal diperolehi jika kita mampu menjadi isteri yang taat..hanya dengan menatap suami dengan penuh kasih sayang pun sudah mendapat pahala...mari kita ikuti KELEBIHAN SEORANG ISTERI di post yang seterusnya...InsyaAllah, ia akan memberi motivasi kepada kita sama ada yang belum berkahwin mahupun yang sudah berkahwin..=)








DIARI HATI...

erm...actually tetiba je tergerak nak create blog sendiri..boring dok sorang2...tambahan pula hari ni rilex sikit.....x mcm last week, busy mcm nk mapos rsnya..nk lunch pun x selera...tp ok gak bz, xla terasa sgt kerinduan di jiwaku ini...hehe...almaklumlah...org dok jauh dr hubby..