Sunday, March 7, 2010

PERNIKAHAN DAN KELEBIHANNYA

Di zaman yang serba maju ini, tidak dinafikan kebanyakan wanita juga mampu berjaya dan setanding dengan lelaki..saya masih ingat pepatah orang tua-tua dahulu "perempuan x payah belajar tinggi-tinggi,pulangnya ke dapur juga..",namun dewasa kini wanita bukan sahaja perlu hebat di dapur malah semua aspek...tidak hairanlah kenapa peratusan pelajar wanita di IPTA lebih tinggi berbanding lelaki, kerana masing-masing mahu berjaya...dan mempunyai kerjaya sendiri

Yang sedihnya, disebabkan terlalu mengejar kerjaya ada sesetengah wanita menolak perkahwinan. bimbang komitmen rumahtangga mengganggu kerjaya mereka ataupun sebaliknya..namun sedarkah anda betapa besar kelebihan perkahwinan dan kelebihan yang Allah berikan kepada seorang isteri, lebih2 lagi jika sudah bergelar ibu???..MasyaAllah...tidak terhitung berapa banyak pahala yang bakal diperolehi jika kita mampu menjadi isteri yang taat..hanya dengan menatap suami dengan penuh kasih sayang pun sudah mendapat pahala...mari kita ikuti KELEBIHAN SEORANG ISTERI di post yang seterusnya...InsyaAllah, ia akan memberi motivasi kepada kita sama ada yang belum berkahwin mahupun yang sudah berkahwin..=)








No comments:

Post a Comment